Ketika berumur 12 tahun,semua pelajar akan memikirkan dan mengidamkan skolah menengah yang terbaik untuk diri mereka. Begitu juga aku... Aku berharap sangat yang aku dapat masuk Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah, sekolah idamanku. Kesemua pelajar sekolah ini ialah pelajar perempuan dan aku akan terjamin dijaga jikalau bersekolah di sini.
Seteleh mendapat keputusan UPSR aku memohon beberapa sekolah menengah untuk melanjutkan peljaran. Antara sekolah yang dimohon ialah Madrasah Idrisiah (MADID), SABK Maahad Al-Mizan (SMAMAM) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN). Antara sekolah menegah agama negeri ialah Sek. Raja Perempuan Ta'yah, Sek Izzudin Shah, Sekolah SARJANA dan Sekolah-SEkolah Tahfiz Darul Ridzuan. Apabila sudah memohon sesebuah sekolah sama ada melalui internet atau mengisi borang, pihak sekolah tersebuat akan menawarkan tawaran ujian kemasukan ke tingkatan 1 atau nama lainnya temuduga sekiranya melepasi syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan. Temuduga tersebuat telah ditetapkan tarikh,masa,dan tempat.
Aku pun pergi ke temuduga ketiga-tiga sekolah tersebut dan hasil daripada temuduga tersebut,aku layak untuk melanjutkan pelajaran hanya pada 2 buah sekolah iaitu SMAMAM dan SMAN. SMAN yang layak untuk aku ialah SARJANA. Sewaktu aku lihat keputusan ujian kemasukan SMAN, aku terkejut kerana nama sekolah yang tertera di skrin komputer ialah SARJANA. Aku tidak pernah tahu pun kewujudan sekolah ini. Kewujudan Kg. Gajah di Negeri Perak ni pun aku tak tahu. Yang aku pernah dengar Batu gajah je. Aku kecewa kerana aku tidak dapat melayakkan diri untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah idamanku. Tapi semua itu ketentuan Allah dan aku terima dengan ikhlas. Allah tahu apa yang terbaik untuk diriku.
Kemudian, aku mengumpulkan surat tawaran yang aku peroleh daripada 2 buah sekolah tersebut. Mak dan ayah menyuruhku agar memilih salah satu sekolah untuk melanjutkan pelajaran. Aku ni pulak seorang yang tak reti nak buat keputusan. Mak ayah pulak hanya menurut keputusanku. Aku buntu dan tidak tahu hendak pilih sekolah yang sesuai untuk diriku. Pada mulanya, aku hendak memilih SMAMAM tetapi sekolah tersebut merupakan SABK dan pangkat SMAN lebih tinggi dari SABK. Aku takut untuk memilih SARJANA kerana aku tidak tahu langsung tentang sekolah itu. Aku perlu buat keputusan dengan segera kerana tarikh kemasukan ke SMAMAM pada awal bulan 1.
Aku masih tidak buat keputusan sehingga pada suatu hari. Ketika itu, bapa saudara dan keluarganya datang ke rumah untuk melawat nenekku yang berada di rumah. Mereka juga datang untuk bertanya khabar keluargaku. mak saudara dan bapa saudaraku merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah. emak saudaraku bertanya padaku tentang sekolah yang ditawarkan dan dia memberi cadangan kepadaku memandangkan aku buntu pada ketika itu. Dia memberitahu kepadaku serba sedikit berkenaan SARJANA. Katanya,SARJANA sekolah yang bagus, baik dan sekolah ini mempunyai tahfiz dan dia mencadangkan supaya aku memilih SARJANA. Kemudian,setelah aku pertimbangkan cadangan tersebut dan aku membandingkan dua sekolah tersebut, akhirnya aku membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke SARJANA. Mak dan ayah hanya menurut keputusanku. Pada permulaannya, aku berat untuk membuat keputusan ke SARJANA kerana sekolah ini terletak jauh daripada rumahku. Perjalanannya kira-kira 2 jam tetapi aku tetap dengan keputusanku. Biarpun jauh dari rumah,ianya akan mengajarku erti berdikari dan aku ke sekolah untuk menuntut ilmu.
Kini,aku menuntut ilmu di SARJANA. Tidak menyesal aku membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah ini. Aku mengakui bahawa sekolah ini memang baik,bagus dan dapat mendidik diri untuk hidup cara Islam sekaligus dapat mengajar dan mendalami ilmu agama dalam diri. Jikalau sekolah rendah dahulu, tidak memakai tudung labuh cukup sekadar menutup dada. Melalui SARJANA ini aku dididik untuk memakai tudung labuh. Sekolah ini mendidik diri untuk menjaga dan menutup aurat dengan sempurna, menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan,dapat membaiki akhlak untuk menjadi lebih baik,mengenal erti 'ukhwah fillah' dan sebagainya
SEkolah ini mempunyai aliran tahfiz. Daripada sekolah ini jugalah dapat melahirkan ramai Hafiz dan Hafizah al-Quran. Kini, ramai yang telah menamatkan pengajian di SARJANA ini berjaya mencapai cita-cita mereka dan mereka menjadi seorang yang dihormati dan disanjungi oleh masyarakat. Semua ini adalah hasil daripada SARJANA yang tercinta ini.
No comments:
Post a Comment