But everything change
Bila aku masuk sarjana...,
kat sini kena solat berjemaah,tak boleh solat sendiri. solat aku yang aku ingat perfect selama ni pun kena tegur. contohnya bila solat, tak boleh buat pergerakan berat tiga kali berturut-turut, solat tak boleh cakap walaupun ah kerana ah itu dikira kalam yang difahami...
Kat sekolah ni juga, aku diajar pakai tudung labuh. Syarat labuhnya, tepi tudung melibihi siku, depan sejengkal daripada pusat dan belakang melebihi punggung. Kalau kat luar, sebelum aku masuk sekolah ni, memenag tak ah nak pakai tudung labuh macam ni. Yang aku tahu, tutup dada je.Jujur aku cakap, bila pakai tudung labuh macam ni, aku rasa selamat sangat daripada pandangan nakal kaum Adam. Hoho...
Aku dulu agak antilah jugak dengan budak yang 'ostad dan ostajah' ni. Bagi aku semua macam bajet baik. tapi di SARJANA, aku diajar untuk tak judge sebab bukan budak sekolah agama je yang kena belajar agama. Orang kat juvana pun kena belajar agama sebab diorang pun hamba Allah.
Yang best kat SARJANA ni, pengisian rohani dia. Antara Maghrib-Isyak tu, mesti ada aktiviti. Sama ada:
- Taranum
- Tazkirah
- Qasidah
- Ceramah daripada ustaz jemputan
- Tazkirah berantai
- Usrah hafazan
- Tasmik Al-quran and so on...
To sum, SARJANA banyak ubah bettr muslimah melalui usrah-usrah yang aku join, melalui teguran-teguran naqibah yang aku sayamngi and melalui didikan agama yang aku timba daripada gur-guru, ustaz dan ustazah dekat sini.
Bukan aku nak cakap bila kau m,asuk SARJANA kau boleh jadi baik, tak. Tapi SARJANAlah satu asbab yang mengubah aku jadi batk.
Wallahua'lam....
No comments:
Post a Comment