"Aku suka tengok kau pakai handsocks.Ada sesiapa ke yang suruh kau pakai?"
"Ada. Hati yang suruh. Untuk melengkapkan lagi penutupan aurat aku. Rasanya aurat yang satu ni agak terabai penjagaannya." Sigh
"Alhamdulillah. Seronok tengok"
Senyum.
Perasaan tu bila kita tak mengharapkan apa-apa pandangan atau komen orang,apa yang kita ada, cuma DIA.Sebak. Seronok tengok kawan-kawan berubah. seronok tengok kawan-kawan dah start nak pakai sopan-sopan,menutup aurat dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Dulu,jujurnya memang rasa susah nak pakai handsocks sebab rasa gatal pada tangan nanti dan yakin dengan baju lengan panjang tak pakai handsocks tak menampakkan aurat kita waktu itu.
Tapi fikir balik,pakai tudung labuh pun tak pakai handsocks macam tak berapa nak lengkap,ada something yang tak kena. Kalau bawa solat pakaian tu, agak-agak okey ke tak?
Aurat lengan yang kadang-kadang kita tak perasan masa angkat barang,masa angkat tangan nak jawab soalan, ada yang kita tak perasan terselak ke apa. Sebagai langkah penjagaan yang maksimum,pakai je handsocks, sekarang pun dah banyak orang yang jual handsocks comel-comel lagi.
Kepada penjual-penjual produk online mahupun offline, teruskan menjual produk muslimat. Bentangkan banyak pilihan untuk para muslimat menutup aurat dengan sempurna.
Jadikan diri kita tu tak kisah untuk berpanas-panas sekejap kat dunia ni dengan handsocks,tudung yang labuh,stokin,inner untuk tudung jarang and so on.Daripada kita 'berpanas' kat sana, takutkan.Slowly,InsyaAllah. Muslimat patut sedar ( termasuklah diri sendiri) selain dari tuntutan fesyen semasa,ada yang wajib kita capai iaitu Mardhatillah (Redha Allah)
Masa mula sarungkan stokin pada kaki.
serius takut tak istiqamah.
Tapi sekarang.
jika tak sarungkan stokin pada kaki,
serius takut nak melangkah.
Kaki juga aurat, aurat yang sering diabaikan oleh kaum wanita.
Maka,berstokinlah.
tidak sempurna istilah "tutup aurat" jika hanya tutup separuh-separuh kan? Lagipun bila kita solat,kita mesti tutup kaki dan jika ternampak,hukum solat jadi tidak sah.Jadi, pakailah pakaian sebagaimana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna.
"...Ku rela stokin kakiku basah terkene air yang melimpah daripada kakiku terkena percikan api neraka..."
Tipulah kalau cakapa berjubah itu tidak panas.
Tipulah kalau cakap bertudung labuh itu tidak panas.
Tipulah kalau cakap berkopiah itu orang takkan judge kita jet jet alim.
Lagi tipu kalau cakap berpurdah itu tidak dikata berlagak jadi ninja.
Tambah-tambah orang tak faham kenapa kami pakai kopiah, tudung labuh dan purdah.
Mengalir peluh di setiap inci di muka hanya Allah saja yang tahu.
Kerna mereka tahu,.
Syurga itu indah.
Kerna mereka tahu,
Syurga itu tenang dan untuk mukminin wa mukminat sejati was sobirin.
Panas di dunia itu seketika nak dibanding panas di akhirat yang selamanya.
Berpanas-panas sekarang, bersejuk-sejuk kemudian di syurga Allah.
Subhanallah.
Jadi mereka ambil keputusan pilih jalan yang orang anggap bajet pak ustaz ustazah, bajet alim, segala percakapan manusia, mereka redahi .
Pakaian kita maruah kita.
Pakaian kita juga bawa nama agama Islam kita.
Wahai kalian, muslimin wa muslimat, yang rasa ingin berhijrah,
Abaikan dan jangan takut akan manusia punya kata-kata. Tapi,
takutlah kita jika Allah berkata "Aku murka denganmu yang tidak menjaga kehormatan diri sewaktu di dunia dulu."
No comments:
Post a Comment